GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang dianggap ajaib oleh masyarakat Dusun setempat, mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana berdekatan dengan pulau Sipadan.
Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil, nampak melengkung (pandangan dari atas) dan terdapat banyak jenis batu karang yang mendiami disekitarnya. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana menjadi tempat pembiakan plankton. Dasarnya tidak dalam dan berada di kawasan pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti selaman (scuba diving). Peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga berpatutan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Mabul
PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK
GUA GOMANTONG
Gua Gomantong merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Sandakan, Sabah iaitu pada koordinat 5.527058, 118.077708. Terdapat 27 buah gua-gua kecil batu kapur dan banyak dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung dan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk kampung sekitarnya.Gua Gomantong terpelihara kerana terletak dalam Hutan Simpan Gomantong Kelas IV dalam Daerah Kinabatangan berhampiran dengan Sungai Kinabatangan .Kerajaan telah melindunginya dari diceroboh menerusi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment