Sunday 5 November 2023

info 3: Langkawi



 


Langkawi merupakan sekumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Kedudukannya lebih kurang 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau utama dan paling terkenal ialah Pulau Langkawi. Pulau-pulau ini mempunyai cerita mitos zaman-berzaman dan juga kisah legenda yang menarik. Kisah yang paling popular dan diketahui ramai ialah kisah Legenda Mahsuri Wanita berdarah putih. 

https://tehtarikgelasbesar.com/pulau-langkawi-dan-kisah-kisah-legendanya/






Kereta Kabel Langkawi, atau dikenali sebagai SkyCab Langkawi, adalah salah satu tarikan paling menarik di pulau Langkawi, Malaysia. Salah satu kereta kabel terpanjang di dunia, SkyCab Langkawi menawarkan pengalaman yang menakjubkan dan pemandangan yang menakjubkan.

SkyCab Langkawi membawa pengunjung ke puncak Gunung Mat Cincang, salah satu puncak tertinggi di Langkawi. Perjalanan dengan kereta kabel ini menawarkan pemandangan panoramik dari ketinggian, termasuk pemandangan hutan tebal, pantai yang berkilauan dan pulau-pulau di sekelilingnya. Sepanjang perjalanan, anda akan terpukau dengan keindahan alam semula jadi Langkawi yang menakjubkan.

https://greaterkedah.com/tempat-paling-menarik-di-langkawi-kedah/




Menarik di Pantai Cenang, Langkawi | Pantai Cenang merupakan lokasi utama di Langkawi. Mungkin Pantai ini tidak sehebat Pantai Maldive tetapi ia adalah pantai paling maju di Malaysia, memiliki pantai dengan campuran pasir putih yang cantik, perairan biru kristal dan kawasan yang mendamaikan dengan udara yang nyaman.

Di Pantai Cenang terdapat banyak lokasi penginapan dan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam. Apabila senja dan matahari terbenam, ramai pelancong akan membanjiri jalan utama di sekitar pantai cenang untuk sesi makan malam.                                                                              

 https://blog.pakej.my/percutian/menarik-di-pantai-cenang-langkawi


 


Jika anda ke Langkawi, tidak sah rasanya jika anda tidak menjadikan destinasi ini sebagai salah satu tempat wajib untuk anda dan keluarga kunjungi.Apatah lagi jika anda seorang pencinta laut. Anda pasti teruja melihat kepelbagaian spesies fauna hidupan laut yang dilindungi, dibiakkan dan dijaga dengan rapi di sini.
Manakan tidak, Underwater World Langkawi merupakan sebagai akuarium terbesar di Asia Tenggara sejak pembukaannya pada tahun 1996 dan telah menjadi tarikan utama buat pelancong dari dalam dan luar negara.
Pusat ini dibuka berlandaskan tiga misi utama iaitu “Knowledge, Education and Entertainment”. Bersesuaian dengan temanya, pusat ini bertujuan untuk memupuk kepentingan melindungi hidupan laut selain untuk memberi kesedaran tentang hubungan akrab yang sememangnya wujud antara manusia, alam dan hidupan sekeliling.
https://www.maisinggah.com/underwater-world-langkawi/

No comments:

Post a Comment

KESIMPULAN    kesimpulannya,pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua pihak perlu berganding bahu b...