1. Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang KEDUA terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Glugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan di sini setiap tahun. Jambatan Pulau Pinang juga ialah lambang negara Malaysia.
Terletak hanya 15 minit dari Georgetown, ini adalah salah satu pantai yang paling popular di Penang. Ia sentiasa sibuk dengan pelancong dan penduduk tempatan. Pantai Batu Ferringhi mempamerkan pantai berpasir putih yang panjang dengan banyak resort dan restoran tepi pantai romantik yang boleh anda pilih untuk meluangkan masa bersama teman anda mahupun keluarga anda .
3. Bukit Bendera
Salah satu stesen bukit British yang tertua di Asia Tenggara, Bukit Penang adalah lawatan yang wajib untuk melihat pemandangan Pulau Pinang yang indah. Anda boleh sampai ke puncak bukit ini dalam masa kurang dari 30 minit dengan menggunakan perkhidmatan tren mereka. Terdapat beberapa puncak di sini, tetapi Bukit Bendera adalah salah satu puncak yang patut anda singgah untuk mendapat pemandangan yang menakjubkan.
4. Escape Adventureplay
Taman tema luar ini mempunyai alam semula jadi sebagai latar belakangnya. Sebagai salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang popular, terdapat lebih daripada 30 aktiviti menarik yang boleh anda nikmati di tempat ini seperti ‘zipline’, gelongsor air, atv dan banyak lagi. Tidak kira umur anda, tempat ini menjanjikan masa yang seronok.
Pulau Pinang ialah negeri yang cantik dan sesuai untuk percutian di bandar atau di pantai. Terdapat pelbagai benda untuk dilakukan dan dijelajahi di sini yang akan memastikan anda berasa kagum dengan kecantikannya. Tapak bersejarah ini juga terkenal dengan makanan tempatan dan senarai gerai penjaja yang panjang.
Dengan begitu banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang indah, ini adalah sebab mengapa negeri ini sering dilawati oleh orang ramai.
https://images.app.goo.gl/5E6K7zp4h3EgZb6x
No comments:
Post a Comment