kesimpulannya,pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan impian negara untuk menjadi destinasi pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa melipatk gandakan usaha mempromosikan Malaysia secara kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali dan dapat meningkatkan ekonomi di negara Malaysia.
Pelancongan
Thursday, 30 November 2023
Monday, 6 November 2023
Info 1:Sabah
GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang dianggap ajaib oleh masyarakat Dusun setempat, mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana berdekatan dengan pulau Sipadan.
Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil, nampak melengkung (pandangan dari atas) dan terdapat banyak jenis batu karang yang mendiami disekitarnya. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana menjadi tempat pembiakan plankton. Dasarnya tidak dalam dan berada di kawasan pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti selaman (scuba diving). Peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga berpatutan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Mabul
PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK
GUA GOMANTONG
Gua Gomantong merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Sandakan, Sabah iaitu pada koordinat 5.527058, 118.077708. Terdapat 27 buah gua-gua kecil batu kapur dan banyak dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung dan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk kampung sekitarnya.Gua Gomantong terpelihara kerana terletak dalam Hutan Simpan Gomantong Kelas IV dalam Daerah Kinabatangan berhampiran dengan Sungai Kinabatangan .Kerajaan telah melindunginya dari diceroboh menerusi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah.
Sunday, 5 November 2023
PENGENALAN TENTANG PELANCONGAN
PENGENALAN
Pelancongan merupakan penyumbang kepada ekonomi negara.Di Malaysia terdapat banyak tempat pelancongan.Contohnya Pulau Langkawi,Kota Kinabalu,Kota A’Famosa dan Bukit Bendera.Tempat pelancongan yang menarik dapat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara di samping meningkatkan ekonomi negara kita.Kita juga perlu berkerjasama dengan pihakkuasa bagi memajukan tempat pelancongan Malaysia.
Info 2 : Pulau Pinang
1. Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang KEDUA terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Glugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan di sini setiap tahun. Jambatan Pulau Pinang juga ialah lambang negara Malaysia.
3. Bukit Bendera
4. Escape Adventureplay
Taman tema luar ini mempunyai alam semula jadi sebagai latar belakangnya. Sebagai salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang popular, terdapat lebih daripada 30 aktiviti menarik yang boleh anda nikmati di tempat ini seperti ‘zipline’, gelongsor air, atv dan banyak lagi. Tidak kira umur anda, tempat ini menjanjikan masa yang seronok.
Pulau Pinang ialah negeri yang cantik dan sesuai untuk percutian di bandar atau di pantai. Terdapat pelbagai benda untuk dilakukan dan dijelajahi di sini yang akan memastikan anda berasa kagum dengan kecantikannya. Tapak bersejarah ini juga terkenal dengan makanan tempatan dan senarai gerai penjaja yang panjang.
Dengan begitu banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang indah, ini adalah sebab mengapa negeri ini sering dilawati oleh orang ramai.
info 3: Langkawi
https://tehtarikgelasbesar.com/pulau-langkawi-dan-kisah-kisah-legendanya/
SkyCab Langkawi membawa pengunjung ke puncak Gunung Mat Cincang, salah satu puncak tertinggi di Langkawi. Perjalanan dengan kereta kabel ini menawarkan pemandangan panoramik dari ketinggian, termasuk pemandangan hutan tebal, pantai yang berkilauan dan pulau-pulau di sekelilingnya. Sepanjang perjalanan, anda akan terpukau dengan keindahan alam semula jadi Langkawi yang menakjubkan.
https://greaterkedah.com/tempat-paling-menarik-di-langkawi-kedah/
https://blog.pakej.my/percutian/menarik-di-pantai-cenang-langkawi
KESIMPULAN kesimpulannya,pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua pihak perlu berganding bahu b...
-
PENGENALAN Pelancongan merupakan penyumbang kepada ekonomi negara.Di Malaysia terdapat banyak tempat pelancongan.Contohnya Pulau Langkawi,Ko...
-
KESIMPULAN kesimpulannya,pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua pihak perlu berganding bahu b...
-
Langkawi merupakan sekumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Kedudukannya lebih kurang...








