Sunday 5 November 2023

info 4 : Melaka

KOTA A FAMOSA


Destinasi yang paling ikonik untuk dilawati kalau bercuti ke Melaka terutamanya untuk mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk lebih mendekati tentang sejarah Melaka.

Bindan kubu berbongkah batu ini yang berusia lebih 500 tahun telah dibina sejak zaman era penjajahan zaman Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan untuk melawan penentangan penduduk Melaka ketika itu. Terdapat beberapa laras meriam di sekitar kubu ini dan sesuai untuk aktiviti bergambar bersama keluarga.





MELAKA RIVER CRUISE


Satu lagi aktiviti wajib bagi pelancong yang datang bercuti ke Melaka adalah menyusuri Sungai Melaka untuk melihat keindahan kota Melaya dari sebuah bot.

Waktu terbaik untuk menaiki bot ialah pada waktu malam kerana kurang panas dan pemandangan di sepanjang sungai juga lebih menarik kerana hiasan lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Satu alternatif yang unik untuk menikmati keindahan bandaraya Melaka bagi mereka yang mungkin malas nak berjalan kaki atau menaiki beca roda tiga.





MENARA TAMING SARI


Kalau pertama kali bercuti di Melaka destinasi ini wajib anda terjah bersama anak-anak. Satu tempat menarik di Melaka yang terletak di Bandar Hilir Melaka & mudah dicari. Pengunjung berpeluang menaiki menara ini dengan dek berkaca tertutup yang akan naik ke atas dan berpusing berterusan secara perlahan 360 darjah. Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tarikan

pelancongan yang ada di sekitar Bandar

Hilir Melaka seperti Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Bukit St John, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya. Waktu paling best untuk mencuba adalah waktu petang kerana berpeluang melihat keindahan panorama matahari terbenam atau pada waktu malam dengan keindahan neon warna-warni yang menghiasi Bandar Melaka.





MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA


Kalau nak merasa bagaimana berada dalam Istana Melayu lama seperti dalam filem XX Ray II bolehlah ke muzium ini yang merupakan sebuah replika Istand Sultan Melaka pada kurun ke-15. Terdapat pelbagai galeri/balai-balai/balairong yang mempamerkan ciri-ciri & adat-adat Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Istana kayu ini dibina pada tahun 1984 dan yang menariknya ianya dibina dengan bersendikan pasak kayu yang merupakan satu teknik yang mashur dalam seni pertukangan rumah tradisional Melayu di negeri Melaka.

Walaupun nampak seperti istana lama, tetapi dalamnya ada aircond, sesuai untuk anda datang lawati walaupun pada waktu tengah hari.


https://images.app.goo.gl/k1Hkr4xd56N4yD449

No comments:

Post a Comment

KESIMPULAN    kesimpulannya,pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua pihak perlu berganding bahu b...